Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.pai] | ݢاڤاي

Definisi : ; bergapaian berhulur-hulur tangan (utk mencapai atau memegang sesuatu); menggapai menghulurkan tangan hendak mencapai atau memegang sesuatu: tidak ada jalan lain bagiku melainkan ~ tempat bergantung pd benda-benda yg terapung;menggapai-gapaikan menghulurkan tangan mencari-cari tempat pegangan: ia ~ tangannya tetapi perahu itu sudah terlampau jauh dr tempatnya;tergapai-gapai terhulur-hulur tangan (hendak mencapai sesuatu): Bidin ~ dlm laut yg sedang berkecamuk itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.pai] | ݢاڤاي

Definisi : ; bergapaian menghulur-hulurkan tangan utk mencapai sesuatu: Para penumpang perahu yg karam di sungai itu ~ utk mencari tempat berpaut. menggapai mencapai atau memegang sesuatu (dgn tangan): Pesakit itu ~ meja di sebelahnya utk mengambil ubat. menggapai-gapai bergerak-gerak (bkn tangan dsb) seolah-olah hendak mencapai atau hendak memegang sesuatu. menggapaikan menghulurkan (tangan) utk mencapai sesuatu. menggapai-gapaikan menggerak-gerakkan (tangan) seolah-olah hendak mencapai atau hendak memegang sesuatu: Budak yg hampir-hampir lemas itu ~ tangannya meminta tolong. tergapai-gapai terhulur-hulur tangan utk mencapai atau utk memegang sesuatu: Kedua-duanya ~ apabila perahu itu terbalik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gapai


Pantun

PantunSumberTema
Anak buntal bergapai-gapai, Bila pasang berhanyut-hanyut; Awal bebal memandai-mandai, Ditanya orang terkentu-kentut.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas