Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ram.ga.ram] | ٢ ݢارم

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Roucheria griffithiana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata garam-garam

Puisi
 

Makan asam tidak bergaram,
     Garam ada di atas meja;
Melihat tuan kenangkan kawan,
     Kawanlah ada jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Garam jatuh di air.

Bermaksud :

Nasihat yang diterima dengan baik.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Pantun

PantunSumberTema
Apa dijeruk belimbin, asam belimbin, Kurang masin garam, tambahkan garam; Apa dijenguk dindin, di luar dindin, Kalau sudi ke dalam, masuk ke dalam.Pantun Melayu SarawakBergendang
Yang masin garam, Yang busuk jering; Yang bermain diam, Yang menengok bising.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau berjaja berdagang garam, Ingat-ingat ditimpa hujan; Kalau bekerja siang dan malam, Ingat-ingat memlihara badan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Inderagiri pasirnya lumat, Garam bercampur dengan lokan; Umpama nabi kasihkan umat, Begitulah saya kasihkan tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Makan asam tidak bergaram, Garam ada di atas meja; Melihat tuan kenangkan kawan, Kawanlah ada jauh di mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau kutahu masam mengkuang, Ambillah garam dan cabai; Kalau kutahu kekasih orang, Kuambil pedang membunuh diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau Cik Siti bergulai udang, Campakkan garam dua jemput; Adik bengkeng jangan nak dipandang, Nama abang jangan disebut.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Asam belimbing di dalam belanga, Dibubuh garam buat jeruk; Berputik dahulu baru berbunga, Buahnya jarang dimakan budak.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sudah makan dengan peria, Kalau ada garam tiada; Kalau sudah ada bercinta, Kalau bercinta jangan berdusta.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bawa bekal bertan-tan, Dibawa juga seguni garam; 1,700 berkejar ke hutan, Merentasi gunung, bukit curam.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
123

Kembali ke atas