Yanglah gagal biarlah gagal, Supaya percaya buruk lakunya; Orang tua gatal biarlah gatal, Supaya dicerca anak cucunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana keldai tidakkan gatal, Diberak semut pagi dan petang; Bagaimana gigi tidakkan tanggal, Awak pencarut bini peradang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sayang keladi rasanya gatal, Hingga tak jadi dibuat gulai; Abang pegi adinda tinggal, Jagalah janji yang kita simpai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ada untungnya menampung cerek, Air diminum tidakkan gatal; Ada untungnya berhidung pesek, Sekali mencium santak ke pangkal. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Dari kapal meniti batang, Salah bawa jatuh bedebuk; Laki gatal bini pun miang, Mentua gila anak pun mabuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Api siapa di kapal itu, Sejak senja tiada beralih; Laki siapa yang gatal itu, Nampak perawan ludah meleleh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Apalah tanda buah bengkal, Pucuknya jingga batangnya rendang; Apalah tanda si tua gatal, Menengok perawan hidungnya kembang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Apalah tanda buah bengkal, Bentuknya bulat berwarna kuning; Apalah tanda si tua gatal, Menengok perawan matanya juling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Besarlah todak daripada buntal, Giginya ada muncung pun panjang; Besarlah lagak pemuda gatal, Dipuji dara hidung pun kembang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Wakil bukan sebarang wakil, Wakil mutlak memegang janji; Degil bukan sebarang degil, Degil gatal hendak berlaki. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |