Orang Gayung pulang ke Gayung, Datang ke Gayung negeri China; Tuan ini ibarat payung, Hujan dan panas sangat berguna. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Gayung gendang pecah balai, Kusembah mari raja Cendana; Kamu dendam datang ke mari, Kami tak boleh datang ke sana. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak mandi mari mandi, Satu gayung kita berdua; Hendak mati mari mati, Satu kubur kita berdua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tanjung Datuk redan berbuah, Orang berebut membawa bekas; Untungku elok badan bertuah, Gayung bersambut cinta berbalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |