Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.dung] | ݢدوڠ

Definisi : rumah besar drpd batu, bangunan utk pejabat dll; ~ arca = ~ gajah Id muzium (di Jakarta); ~ bicara a) gedung tempat bermesyuarat; b) gedung mahkamah; ~ diskaun (Eko) institusi kewangan yg membeli bil perbendaharaan atau instrumen kewangan jangka pendek yg lain dgn harga diskaun; ~ ilmu institusi tempat diperoleh ilmu pengetahuan (spt universiti atau maktab); ~ kesenian Id bangunan utk pertunjukan hasil-hasil seni (spt tarian, sandiwara, dll), balai budaya; ~ komedi Id gedung tempat pertunjukan sandiwara; ~ penjelasan rumah penjelasan; ~ putih istana Presiden Amerika Syarikat; ~ senjata tempat menyimpan senjata; ~ terbitan (Eko) institusi kewangan yg mencari modal utk syarikat swasta yg mantap yg mahu menjadi syarikat milik awam, dgn mengeluarkan saham bagi pihak mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.dung] | ݢدوڠ

Definisi : 1 rumah besar yg dibuat drpd batu; rumah batu. 2 bangunan utk maksud tertentu spt utk pejabat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gedung

Puisi
 

Gunung api di atas gedung,
     Sudah jerang ke baba Melaka;
Sakit kaki kerana beradung,
     Duk ulang janda celaka.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Anak kuda tepi gedung, Mari makan rumput rampai; Buah saya buah kedondong, Sampai lisut tak makan tupai.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Gunung api di atas gedung, Sudah jerang ke baba Melaka; Sakit kaki kerana beradung, Duk ulang janda celaka.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Orang putih berkereta api, Cina gedung jahit kebaya; Tujuh lapis pagar besi, Bunga sekuntum kuambil juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kelap-kelip kunang-kunang di rimba, Tempat di pohon gedung; Silap sedikit marahkan hamba, Di manalah tempat diri berlindung.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak kucing dalam raga, Ibunya pula terlalu garang; Songket di gedung ada harga, Jarang-jarang dipakai orang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Orang menyabung di balik buluh, Ayam jalak sisik berduri; Intan di gedung emas sepuluh, Jatuh terpijak habis sekali.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Baik-baik jaga kemudi, Kita tahu pergi kuala; Selama banyak kain berkodi, Songket di gedung jarang jumpa.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Apa guna padi hampa, Padi hampa dimakan ulat; Apa kurang kepada hamba, Kapal di laut gedung di darat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas