Gelak tersenyum burung jelatik, Nampak serindit membeli rebung; Hendak mencium hidungnya pesek, Hendak menggigit gigilah ompong. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Gelak tertawa ganti-berganti, Sehari penuh tiada penat; Membuka mata menerangi hati, Menjadi suluh dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Makan kenyang terasa nikmat, Gelak tertawa ganti-berganti; Membilang undang mengaji adat, Membuka mata menerangi hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Makan kenyang terasa nikmat, Gelak Ketawa ganti-berganti; Membilang undang mengaji adat. Membuka mata menerangi hati | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Beras basah mari taburkan, Pengantin diarak gelak ketawa; Puas sudah hamba hiburkan, Hati rindu terkenang jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Waktu siang bermain galah. Kalau teruk dibawa gelak; Baru datang kain tersimbah, Dibawa duduk bertambah koyak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Layar bertangkup Malimku tidur, Dibanguni oleh Tengali; Gelak rasaku akan mengundur, Air mata terasa kumandi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bila berjalan tegak beramai, Tidakkan letak berjalan jauh; Apabila puan gelak berderai, Bumi kuinjak rasakan runtuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Mari dikait sarang tempua, Anak tiung pandai meniti; Hamba duduk gelak ketawa, Untuk mencari penghibur hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Limau manis di tepi hutan, Tanaman anak batang nila; Hitam manis gelak bersetan, Itu membuat hatiku gila. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |