Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki; ~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk meng­gantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang; ~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb, Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama;gelang-gelang 1. benda yg bentuknya spt gelang; 2. = ~ raya sj cacing dlm perut manusia (binatang); 3. = ~ tanah sj cacing yg hidup dlm tanah; menggelang (Tani) membuang kulit di sekeliling pangkal pokok supaya mati; pergelangan 1. = ~ tangan bahagian tangan dekat buku tangan; 2. = ~ kaki bahagian kaki dekat buku kaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (gélang); ~ laut sj tumbuhan (pokok melata), sepit-sepit, Sesuvium portulacastrum; ~ pasir sj tumbuhan (herba), rumput beremi, segan jantan, Portulaca oleracea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (gélang) Mn; bergelang-gelang gilang-gemilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; rotan ~ sj tumbuhan (palma), rotan cincin (duduk, jelutung, kemunting, kerai, perupuh, segera), Daemonorhops geniculatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 apa-apa yg berbentuk bundar spt cincin. 2 barang perhiasan yg biasanya dibuat drpd logam berharga dan dipakai pd lengan atau pd kaki. ~ bajang gelang yg dibuat drpd benang hitam sbg tangkal. ~ kana gelang emas yg kosong di dalamnya dan dipakai pd pangkal lengan oleh raja-raja atau pengantin. ~ keroncong gelang kaki yg berloceng kecil-kecil. ~ kunci gelang yg digunakan utk menggantung anak kunci. ~ mayang gelang yg halus-halus (kecil) yg dipakai banyak-banyak. ~ tahunan lapisan atau bulatan (yg kelihatan pd batang kayu jika dipotong secara melintang) yg menunjukkan tebalnya atau banyaknya pertumbuhan dlm masa satu tahun. gelang-gelang 1 = gegelang segala benda yg berupa gelang. 2 = gelang raya sj cacing yg hidup dlm perut manusia atau binatang. 3 = ~ tanah cacing tanah yg ada gelang-gelang putih pd lehernya. menggelang 1 membuang kulit di keliling batang atau di bahagian pokok yg hendak ditut supaya akar akan tumbuh pd bahagian itu: Langkah pertama dlm usaha mengetut pokok adalah ~ bahagian pokok yg hendak ditut itu. 2 membuang kulit di keliling pangkal pokok supaya pokok itu mati. menggelangi 1 memasang gelang atau sesuatu spt gelang pd; memberi bergelang: Ani ~ tangannya dgn getah. 2 melekat atau berupa spt gelang pd: Sebuah jam tangan emas ~ tangannya. menggelangkan menggunakan, memakai atau menjadikan sesuatu sbg gelang: Dia ~ getah itu ke tangan anaknya. gelangan tempat atau bekas yg digelang (pd pokok). pergelangan 1 = ~ kaki bahagian kaki dekat buku lali. 2 = ~ tangan bahagian lengan sebelah bawah dekat dgn sendi tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelang

Puisi
 

Gelang intan dalam puan,
     Gelang emas di kain berlipat;
Bila terpandang wajah tuan,
     Hati berdebar lemah semangat.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Hujan tak sekali jatuh,
     simpai tak sekali erat.

Bermaksud :

Keuntungan dan bahagia tidak datang sekali gus. simpai = gelang-gelang daripada rotan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

PantunSumberTema
Gelang-gelang si paku gelang, Gelang dari berseri rama; Pulang abang pulang, Pulang kita bersama-sama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Gelang intan dalam puan, Gelang emas di kain berlipat; Bila terpandang wajah tuan, Hati berdebar lemah semangat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Patah gelang dalam puan, Puan diletak lilin sebatang; Sungguh malang nasibmu tuan, Tiada kawan datang bertandang.Pantun Melayu SarawakNasib
Pakai gelang tujuh permata, Dihias dengan kembang puspa; Saya pulang membawa cinta, Ada umur kita berjumpa.Pantun Melayu SarawakKasih
Banyaklah banyak gelang di pasir, Minyak penawar di dalam cangkir; Anak siapa berjanji mungkir, Anak Islam menjadi kafir.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Budak-budak gelang besi, Cik Sureh jual bunga; Kalau hendak bermati-mati, Sudah boleh apa hendak guna.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak orang gelang di tangan, Salah seorang gelang di kaki; Banyak orang mengata jangan, Saya seorang menurut hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Emas suasa dibuat gelang, Penghias diri turun-temurun; Cemas hamba mengingat abang, Janji sehari menjadi setahun.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tukang emas bertukang gelang, Maka diukur dirangkainya; Sedang erat digenggam orang, Adat hayat terungkainya.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kura-kura hodoh, Mahu gelang kaki; Pura-pura bodoh, Mahu kahwin puteri.Pantun Melayu SarawakUsik-Usik
123

Kembali ke atas