Gelang-gelang si paku gelang, Gelang dari berseri rama; Pulang abang pulang, Pulang kita bersama-sama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Gelang intan dalam puan, Gelang emas di kain berlipat; Bila terpandang wajah tuan, Hati berdebar lemah semangat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Patah gelang dalam puan, Puan diletak lilin sebatang; Sungguh malang nasibmu tuan, Tiada kawan datang bertandang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Pakai gelang tujuh permata, Dihias dengan kembang puspa; Saya pulang membawa cinta, Ada umur kita berjumpa. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Banyaklah banyak gelang di pasir, Minyak penawar di dalam cangkir; Anak siapa berjanji mungkir, Anak Islam menjadi kafir. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Budak-budak gelang besi, Cik Sureh jual bunga; Kalau hendak bermati-mati, Sudah boleh apa hendak guna. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Banyak orang gelang di tangan, Salah seorang gelang di kaki; Banyak orang mengata jangan, Saya seorang menurut hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Emas suasa dibuat gelang, Penghias diri turun-temurun; Cemas hamba mengingat abang, Janji sehari menjadi setahun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tukang emas bertukang gelang, Maka diukur dirangkainya; Sedang erat digenggam orang, Adat hayat terungkainya. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kura-kura hodoh, Mahu gelang kaki; Pura-pura bodoh, Mahu kahwin puteri. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |