Besar gelanggang tempat menyabung, Tanam buluh menjadi rebung; Kalaulah sudah suka menolong, Tentu orang semua terkampung. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Taji ayam besi bertuah, Bawa masuk ke tengah gelanggang; Hati di dalam bagaikan pecah, Dinda merajuk ke negeri orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau masuk ke ladang orang, Tiup angin jangan berpuntung; Kalau masuk gelanggang orang, Hidup mati jangan dihitung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sejak merasa buah pinang, Banyak limau terasa kelat; Sejak rusa membuka gelanggang, Banyaklah harimau belajar silat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Main sengat pantang dipegang, Main senduk bawa berlaga; Main semangat berjuang gelanggang, Main meredah hujan tenaga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Kalau sudah dimabuk pinang, Daripada ke mulut biar ke hati; Kalau sudah masuk gelanggang, Daripada surut biarlah mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Raja bermadah mandi bersiram, Burung merpati terbang sila; Berapa lama tuah ayam, Mati gelanggang bujang juara. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Ada satu anak Limbungan, Pergi ke pasar membeli kacang; Memang jalak ayam sabungan, Biasa mati tengah gelanggang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |