Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelap

Puisi
 

Gelap sungguh di tengah malam,
     Kerana bulan belum purnama;
Ramai sungguh orang di laman,
     Saya tak tahu datang dari mana.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Muafakat lalu di dalam gelap,
     adat lalu di tengah terang.

Bermaksud :

Seia-sekata melakukan pekerjaan yang berat-berat dan patuh pada peraturan-peraturan yang telah ditentukan.

 

Lihat selanjutnya...(4)

320

If you lie down with dogs, you'll get up with fleas

Jika membabitkan diri dengan orang jahat atau aktiviti gelap, lama-kelamaan kita juga akan terbabit sama.

Bagaimana pohon tidak akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya

I advise you to stay away from those people and their illegal affairs because if you lie down with dogs, you'll get up with fleas. Sooner or later, I bet that you will acquire their undesireable qualities.

Aku menasihati kau agar jauhkan diri daripada orang itu dan kegiatan haram mereka kerana bagaimana pohon tidak akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya. Aku pasti lama-kelamaan, sifat mereka yang tidak diingini akan menjangkiti k

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Gelap-gelap minum kopi, Ambil pisau potong roti; Tak boleh hajat di hati, Biar bujang sampai ke mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Gelap gelita di Kampung Hulu, Menitik peluh dari dahi; Orang bercinta rindu selalu, Jika jauh jatuh berahi.Pantun Melayu SarawakKasih
Gelap sungguh di tengah malam, Kerana bulan belum purnama; Ramai sungguh orang di laman, Saya tak tahu datang dari mana.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Andainya gelap tidak berlampu, Tentulah takut membawa peti; Andainya hidup tidak berilmu, Tentulah perut tiada berisi.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Biarlah gelap api didusun, Asal berdentang bunyi gelita; Biarlah kami mati diracun, Asal bertentang sudut mata.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Hari gelap hati pun risau, Duduk diam masuk kelambu; Laki berkurap bini berpanau, Siang malam duduk bergaru.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Subuh gelap orang ke ladang, Menjenguk padi sedang berbuah; Sungguhpun kerap abang memandang, Untuk berjanji terkalang lidah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hari gelap pasang pelita, Pasang mari dalam kelambu; Kita juga bercinta-cinta, Orang benci kita tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Walaupun hari gelap-gelita, Perahu terus juga merapat; Walaupun kami tidak berharta, Cintaku tulus dunia akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apabila hari bertambah gelap, Nyalakan cepat suluh pelita; Apabila laki tambah menyelap, Minta nasihat pada yang tua.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
123456

Kembali ke atas