| Perahu Champa memuat tepung, Tiap senja pasti berhenti; Malu bekerja perut kosong, Gelap mata menjadi pencuri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Peluh merecik di atas dahi, Bawa menyemai anak padi; Pak Tua melihat naik berahi; Gelap mata si tua keladi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Hitam-hitam mata, cermin mata, Dalam gelap terang, menjadi terang; Jika sungguh kata, bagai dikata, Lepas bergendang pulang, kuikut pulang. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
| Kalaulah luka terlalu besar, Darah keluar mata pun gelap; Kalau orang tua berlaku kasar, Dosanya besar mati pun azab. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Orang menumbuk di atas lambur, Kalaulah gelap pasang pelita; Mata mengantuk rasa nak tidur, Dalam tidur macam berjaga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Biarlah gelap api didusun, Asal berdentang bunyi gelita; Biarlah kami mati diracun, Asal bertentang sudut mata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |