Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bunyi gemuruh (meriam, letupan bom, dll); ~ buluh cakap besar (tetapi kosong belaka); menggelegar bergemuruh (guruh, letupan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelegar I

Puisi
 

Orang desa mengorek liang,
     Dalamnya itu tiada beranggar;
Besar pasak dari tiang,
     Besar sendal dari gelegar.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Gar-gar,
     kata gelegar,
rasuk juga yang menahannya.

Bermaksud :

Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa). gelegar = balok tempat memakukan lantai papan.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Untuk tumpuan batang gelegar, Supaya rumah tiada bergoyang; Untuk menentukan salah dan benar, Supaya langkah tiada menyilang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sedap sungguhbunga gatang, Jangan diletak atas gelegar; Bukanlah datang sebarang datang, Datang membawa hajat yang besar.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuatnya dapat dibuat gelegar; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adatnya dapat tempat bersandar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Untuk apa memasang belebat, Untuk tumpuan batang gelegar; Untuk apa membilang adat, Untuk menentukan salah dan benar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang desa mengorek liang, Dalamnya itu tiada beranggar; Besar pasak dari tiang, Besar sendal dari gelegar.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa

Kembali ke atas