| Gelap gelita di Kampung Hulu, Menitik peluh dari dahi; Orang bercinta rindu selalu, Jika jauh jatuh berahi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Walaupun hari gelap-gelita, Perahu terus juga merapat; Walaupun kami tidak berharta, Cintaku tulus dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Biarlah gelap api didusun, Asal berdentang bunyi gelita; Biarlah kami mati diracun, Asal bertentang sudut mata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Empat belas bulan purnama, Mendung berarak jadi gelita; Harap di hati nak hidup bersama, Apakan daya jodoh tiada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Kalau tidak kerana berhemat, Habislah bayam ditutup benta; Kalau tidak kerana Nabi Muhammad, Habislah alam gelap-gelita. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |