Asam paya asam gelugur, Ketiga dengan buah kundur; Apa daya sudah terlanjur, Nasi sudah menjadi bubur. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Asam kandis asam gelugur, Ketiga dengan asam rumbia; Hati menangis di pintu kubur, Kerana nak balik dalam dunia. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Asam kandis asam gelugur, Kena dengan asam rumbia; Tuan menangis di pintu kubur, Rasa nak balik ke dunia. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Asam kandis asam gelugur, Dua urat asam belimbing; Menangis mayat dalam kubur, Melihat papan menjadi dinding. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Asalnya kandis buah gelugur, Masak sebiji di pintu pagar; Duduk menangis di pintu kubur, Terkenang di dunia tidak belajar. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Asal buah asam gelugur, Tiga dengan asam bali; Menangis diri di pintu kubur, Dunia tak boleh balik dua kali. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Pulau Belukar batang gelugur, Ambil galah pelepah jantung; Bentang tikar tempat tidur, Baik abang kira pantun. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Terung catur tepi sempadan, Tanam gelugur di tebing tinggi; Sudah patut sudah padan, Sudah ukur sama tinggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Mali-mali hujung pangkalnya, Asam kandis asam gelugur; Kembalilah dagang asalnya, Duduk menangis pintu kubur. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Pohon selasih pohon kurma, Pulau belukar batang gelugur; Kita berkasih sudah lama, Bentang tikar tempat tidur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |