Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ma.la] | ݢمالا

Definisi : batu yg bercahaya dan mempunyai hikmat (berasal drpd ular, naga, dll); ~ hikmat sj batu sakti; buntat hendak menjadi ~ prb orang kecil hendak menjadi orang besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ma.la] | ݢمالا

Definisi : batu yg diperoleh dr binatang dan dipercayai banyak khasiatnya. ~ hikmat batu yg sakti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gemala

Puisi
 

Kinabalu bertangga peti,
     Ambil gemala di mulut naga;
Kalau sudah paksa di hati,
     Mahal murah baik harga.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Kinabalu bertanggalah pati, Ambil gemala di mulut naga; Jikalaulah sudah kehendak di hati, Mahal dan murah turuti harga.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Kinabalu bertangga peti, Ambil gemala di mulut naga; Kalau sudah paksa di hati, Mahal murah baik harga.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Cina melompat lautan api, Merebut gemala di mulut naga; Asal mendapat kehendak hati, Mahal murah dibayar harga.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Niat menumpang di gunung api, Ambil gemala di mulut naga; Sudah dapat kehendak hati, Malam ini saya berjaga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mana nak lepas lautan api, Intan gemala di mulut naga; Kalau mendapat kehendak hati, Mahal murah saya tak kira.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baju hitam berketam halus, Mari tersangkut di alang panjang; Tubuh adik nan hitam halus, Seri gemala banjar yang halus.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Hitamlah hitam bergigi emas, Duduklah dia pandai berlawa; Sajalah hitam dipeluk kemas, Seperti memeluk intan gemala.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asuklah hitam bergigi emas, Ekor dia lilit ke sawa; Tubuhnya hitam kupeluk kemas, Rasa memeluk intan gemala.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas