Gendang Cik Samat gembala angsa, Telur angsa sarang setalam; Umat Muhammad punya bangga, Embun menitis serata alam. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Gendang bertabuh tigalah bangsal, Jamu-berjamu semangkuk jeluk; Nak menambat kasih yang tunggal, Macam ikan balik ke lubuk. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Gendang ada tamburnya tidak, Bunyinya mari arak-arakan; Baik benar berbuat tidak, Dendam rindu boleh dibacakan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pukul gendang petang Jumaat, Pukul sekali mengada-ada; Eloklah kamii disebut jahat, Disebut baik tidak kan ada. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tabuh gendang bunyi bertalu, Orang bergerak gegak-gempita; Sungguh malang nasib diriku, Cinta ditolak harapan hampa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tabuh gendang bunyi bertalu, Orang menari tidak berhenti; Sungguh malang nasib diriku, Orang kunanti tidak peduli. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tabuh gendang bunyi bertalu, Penuh tumpat orang mendengar; Sungguh malang nasib diriku, Janji dibuat dan abang langgar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tabuh gendang bunyi bertalu, Di sana orang bersuka ria; Sungguh malang nasib diriku, Dinda kupinang sudah berpunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Jika gendang tidak dipukul, Manakan orang mahu bernyanyi; Jika abang tidak menyusul, Manakan hamba mahu kembali. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Jika gendang tidak dipalu, Manakan ada orang bertandak; Jika abang tidak merayu, Manakan hamba mahu terjebak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |