Air yang dalam semakin dalam, Dalamlah lubuk sebelah hulu; Hatiku geram semakin geram, Geram menengok kekasih lalu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Taji ayam patah sebelah, lnduknya mati digigit musang; Hati geram mata pun merah, Menengok bini dicubit orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Alangkah masam si buah duku, Masak belum sudah dipetik; Alangkah geram rasa hatiku, Hendak mencium hidung pesek. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana hari tidakkan kelam, Hujan turun sehari suntuk; Bagaimana kami tidakkan geram, Puan berjalan pinggul meliuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Walaupun hari tengah malam, Kerana terkejut bangun juga; Walaupun hati berasa geram, Kerana takut tersenyum juga | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Manalah nasi tidak bergaram, Kerana lapik sudah lusuh; Manalah hati tidakkan geram, Kerana adik bercerai jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Dapat itik baru mengeram, Banyaklah orang hendak membeli; Teringat adik hatiku geram, Hendak meminang orang tak sudi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kapal selam belayar malam, Nampak api timbul tenggelam; Bagaimana hatiku tak geram, Bagai timun dibuat ulam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pasang menyenyak air pun dalam, Sampai pagi barulah umpas; Orang mengelak hatiku geram, Sampai mati takkan kulepas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dapat udang perahu pun karam, Kerana diterpa gelombang besar; Teringat abang hatiku geram, Kerana dah lama tak ada khabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |