Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata geram;

Puisi
 

Mudik ke hulu atas jeram,
     Tanam keledek atas batu;
Bagaimana hatiku tak geram,
     Tengok kopek menongkat baju.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Jika diturut hati yang geram,
     hilang takut timbul berani.

Bermaksud :

Sebacul-bacul orang apabila telah marah akan menjadi berani.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Air yang dalam semakin dalam, Dalamlah lubuk sebelah hulu; Hatiku geram semakin geram, Geram menengok kekasih lalu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Taji ayam patah sebelah, lnduknya mati digigit musang; Hati geram mata pun merah, Menengok bini dicubit orang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Alangkah masam si buah duku, Masak belum sudah dipetik; Alangkah geram rasa hatiku, Hendak mencium hidung pesek.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana hari tidakkan kelam, Hujan turun sehari suntuk; Bagaimana kami tidakkan geram, Puan berjalan pinggul meliuk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Walaupun hari tengah malam, Kerana terkejut bangun juga; Walaupun hati berasa geram, Kerana takut tersenyum jugaKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Manalah nasi tidak bergaram, Kerana lapik sudah lusuh; Manalah hati tidakkan geram, Kerana adik bercerai jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Dapat itik baru mengeram, Banyaklah orang hendak membeli; Teringat adik hatiku geram, Hendak meminang orang tak sudi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kapal selam belayar malam, Nampak api timbul tenggelam; Bagaimana hatiku tak geram, Bagai timun dibuat ulam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pasang menyenyak air pun dalam, Sampai pagi barulah umpas; Orang mengelak hatiku geram, Sampai mati takkan kulepas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dapat udang perahu pun karam, Kerana diterpa gelombang besar; Teringat abang hatiku geram, Kerana dah lama tak ada khabar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas