| Kerana anak orang perempuan, Tegak berdiri di atas batu; Hendak ke mana gerangan tuan, Tegar menyisir bulu mataku. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Riuh-rendah bunyinya gendang, Tanda orang berhelat jamu; Hatiku gundah menanti abang, Bilakah gerangan dapat bertemu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Bunga pandan dalam serahi, Indera berarak ke Padang Temu; Betapa tuan dendam berahi, Bila gerangan hendak bertemu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Senduduk tumbuh di celah batu, Pergi ke Pekan Pasar Minggu; Duduk termenung di muka pintu, Siapa gerangan orang ditunggu? | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |