Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ger.ga.si] | ݢرݢاسي

Definisi : 1. sj makhluk besar yg suka makan orang, raksasa bersiung, bota; 2. ki seseorang atau sesuatu (spt jentera, alat, dll) yg sangat besar, atau yg mempunyai kebolehan (kemampuan) yg luar biasa: kebolehan komputer dilihat sbg ~ mesin kira yg cepat; saksikanlah ~ bola sepak beraksi dlm kejohanan ini; 3. ki kuasa besar dlm sesuatu lapangan atau bidang: ada kalangan yg masih merendah-rendahkan kemampuan Jepun menjadi ~ ekonomi; menggergasi menjadi besar spt gergasi: harapannya menggunung dan impiannya ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ger.ga.si] | ݢرݢاسي

Definisi : 1 sebangsa makhluk spt manusia yg sangat besar dan dipercayai memakan orang. 2 ki manusia, binatang dll yg sangat besar atau lebih besar drpd biasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gergasi


Pantun

PantunSumberTema
Katak puru kerbau Perlis, Alah berlaga dengan gergasi; Tempuh bahu nak bercakap tak boleh, Pandang mata terasa nak jadi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Yang singgah diajak bermalam, Duduk berangin di selasar tinggi; Orang nikah awak yang demam, Menengok pengantin sebesar gergasi.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas