Anak geroda meninggi hari, Mati ditembak di dalam buai; Banyak muda dapat dicari, Gelak di manakan sesuai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Rendah geroda menggaris awan, Turun ke laut menyelam diri; Seksa sangat hajat tuan, Macam kudaki gunung yang tinggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Patahlah sayap burung geroda, Mahu terbang terasa sakit; Apalah diharap kepada hamba, Ilmu kurang hidup pun sempit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Terbang tempua membumbung tinggi, Terbang geroda melengkok pagar; Orang nan tua dijunjung tinggi, Orang nan muda ditunjuk ajar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Mengkudu masak sepanggal, Dimakan burung geroda; Dayang duduk sepanggal, Ekor matanya ke mari juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kedemat burung kedamat, Hendak berkawan burung geroda; Kalau badan hendak selamat, Baik berguru ayah dan bonda. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |