Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.run] | ݢرون

Definisi : takut, ngeri, gamang: dia ~ dgn keadaan dlm hutan; ~ gementar takut yg amat sangat: hati mereka ~ gementar kerana mereka yakin akan kembali kpd Tuhan mereka; menggerunkan menimbulkan rasa gerun: peristiwa itu ~, ngeri, dan menakutkan; angkatan tentera yg terkuat, yg dapat ~ musuh; kegerunan perasaan atau keadaan gerun, kengerian, ketakutan: kumpulan kongsi gelap itu benar-benar menimbulkan ~ di kalangan orang awam; penggerun (orang, benda) yg menimbulkan gerun: azimat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.run] | ݢرون

Definisi : (berasa) ngeri atau takut kerana sesuatu yg membahayakan dll. menggeruni berasa gerun akan: Guru Besar itu digeruni para pelajar. menggerunkan menimbulkan rasa gerun; mengerikan: Perlanggaran yg dahsyat itu ~. penggerun sesuatu yg menimbulkan rasa gerun: jampi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerun


Pantun

PantunSumberTema
Walaupun beruk merasa gerun, Nampak manggis lapang dadanya; Walaupun datulah tua rabun, Nampak gadis terang matanya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak harimau di Gunung Daik, Banyak orang berasa gerun; Batu kecil berguling naik, Batu besar berguling turun.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Yang naik ke atas, Yang turun ke bawah; Yang naik bernafas, Yang gerun telapah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Waktu mandi pagi dan petang, Tak sabun bawalah sabut; Baru sekali pergi meminang, Kerana gerun mulaslah perut.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas