Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ta] | ݢتا

Definisi : takhta; ~ peraduan katil raja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ta] | ݢتا

Definisi : Kl balak penyangga papan lantai, gelegar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ta] | ݢتا

Definisi : sl genta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata geta

Puisi
 

Pisau lipat di atas geta,
     Ilmu jatuh ke padang;
Bagai disifat bagai dipeta,
     Haram tak jemu mata memandang.


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

PantunSumberTema
Telur murai di atas geta, Benang kerak disimpul pulih; Orang duduk bertindih riba, Jangan diharap katakan boleh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pisau lipat di atas geta, Ilmu jatuh ke padang; Bagai disifat bagai dipeta, Haram tak jemu mata memandang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tudung periuk pandai menari, Dia menari atas geta; Kain buruk campak ke mari, Saya nak menyapu air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Selasih bertambak tidak, Bubuh daun di balik geta; Bercerai kasih bertalak tidak, Seribu tahun berbalik juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rakit buluh dari seberang, Dulang terletak atas geta; Sakit sungguh kasih seorang, Orang tidak kasihkan kita.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil kertas lukis pelamin, Mari pelekat di papan geta; Saya nak pesan kepada angin, Dah angin pun tak boleh berkata.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Kain empat lipat empat, Lipat mari di atas geta; Cari hak lain payah nak dapat, Baiklah balik janda sedia.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Pisau pengukur dara randa, Kupas nanas di atas geta; Sudah ukur dengan kakanda, Macam emas dengan permata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Teluk merah di atas talam, Talam terletak di atas geta; Inilah surat berkirim salam, Dakwat bercampur air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas