Pokok jelutung getah jelutung, Buat getah burung merpati; Abang berpantun adik berpantun, Dalam pantun mengikat hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Perahu Keling berjala getah, Supaya laris murahlah harga; Baru bersanding selera patah, Disangka gadis rupanya janda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Naik ke darat memotong getah, Ambil sekerat ampaian kain; Bagaimana tanah nak basah, Hujan menimpa di tempat lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Kalau tuan membeli nangka, Getah jangan tuan salaikan; Pantun ini pantun seloka, Mana salah harap maafkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Balam merah namanya kayu, Batangnya ada mengandung getah; Di dalam susah hamba menunggu, Abang juga tak mahu singgah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur di pohon getah; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung dapat kugetah. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Tinggi sungguh burung kelicap, Burung lilin di pokok getah; Pandai sungguh cik puan bercakap, Macam tuk alim dari Makkah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Apabila di hulu tidak menuat, Ke hilir pula menoreh getah; Apabila selalu berlagak pandai, Akhirnya kepala yang kan pecah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tengku Pangiran Datuk di Jambi, Naik ke darat mencari getah; Berasa hairan di hati kami, Hujan lebat tanah tak basah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Sangat hairan datuk di Jambi, Puyuh mengeram di atas getah; Sangat hairan di hati kami, Hujan menderam tanah tak basah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |