Bukan nyala sembarang nyala, Nyala berlesau terbakar duri; Bukan gila sembarang gila, Gila sasau tak sedar diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Timba-timba dicebok jangan, Takut dapat puyu saja; Gila-gila mabuk jangan, Takut dapat malu sahaja. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Mengapa orang pergi menjala, Menjala sepat sekali belum; Mengapa abang menjadi gila, Gila melihat adik tersenyum. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tidak gula dibuat gula, Hanyut kiambang berangkai-rangkai; Tidak gila dibuat gila, Bulan mengambang rasa nak capai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tidak nila dibuat nila, Ikan terbuang di bawah lantai; Tidak gila dibuat gila, Bulan mengambang hendak dicapai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sungguh elok merentang jala, Merentang jala tak ada basahnya; Sungguh elok orang nan gila, Orang gila tak ada susahnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kata tua kata berpucuk, Pucuk berpunca pada agama; Hina bangsa gila kemaruk, Kemaruk harta gila dunia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Anak kokah gila bermain, Dekat gelap barulah pulang; Awak sudah kepala licin, Lalat hinggap jatuh terlentang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bukan gambus gila di pekan, Melagui hendak berpantun; Bukan bagus kami gilakan, Akal dan budi dialu-alukan. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Si gila mengail pari, Kiambang habis dimakan ikan; Gila benar orang itu tadi, Burung terbang diberahikan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |