Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi.lang.ge.mi.lang] | ݢيلڠ

Definisi : 1 bercahaya terang; terang sungguh; terang benderang: Matahari telah menyinarkan cahaya yg ~, menerangi seluruh alam. 2 baik sekali; sangat elok: Pasukan Leftenan Muda Adnan telah mencapai kejayaan yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gilang-gemilang

Puisi
 

Tinggi bukit gilang-gemilang,
     Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit manakan hilang,
     Itu nama kenang-kenangan.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Tinggi bukit gilang-gemilang, Air pasang tenang-tenangan; Budi sedikit manakan hilang, Itu juga kenang-kenangan.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Tinggi bukit gilang-gemilang, Air di laut tenang-tenangan; Budi sedikit manakan hilang, Itu nama kenang-kenangan.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Muara batu berumput, Kelekati gilang gemilang; Suara saja terluput, Dalam hati manakan hilang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyaklah hari bilang berbilang, Tiada berbilang hari Jumaat; Banyaklah nabi gilang-gemilang, Tidak segemilang Nabi Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bilang berbilang namanya hari, Boleh dibilang Selasa Jumaat; Gilang gemilang cahaya matahai, Lebih gemilang cahaya Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas