Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[glo.bal] | ݢلوبل

Definisi : 1. meliputi, mempengaruhi atau mengenai seluruh dunia, sejagat: masalah alam sekitar ~; 2. merangkumi seluruh kumpulan perkara dsb, menyeluruh: perkara itu hendaklah dilihat dr sudut pandangan yg ~; mengglobalkan menjadikan bersifat global: kitalah yg perlu menentukan apa yg hendak diglobalkan; orang Melayu perlu diperlengkap utk menguruskan hubungan secara langsung, iaitu ~ pemikiran mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[glo.bal] | ݢلوبل

Definisi : 1 bkn dunia seluruhnya: Penipisan lapisan ozon merupakan masalah ~. 2 pd keseluruhannya, pd umumnya. mengglobal meluas ke seluruh dunia: Tersebarnya wabak penyakit itu telah ~ hingga banyak yg terkorban. mengglobalkan menjadikan sesuatu bersifat global: Mereka diminta memandang jauh dan ~ pemikiran mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata global


Pantun

PantunSumberTema
Cucu cepat hafal, Hafal lagu Anding, Berfikir secara global, Dunia tanpa dinding.Pantun Melayu SarawakNasihat

Kembali ke atas