Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.réng] | ݢوريڠ

Definisi : (goréng) 1. yg dipanggang (dipanaskan) dlm kuali kering, yg dimasak dgn minyak: kacang ~; mi ~; nasi ~; pisang ~; minyak ~ = minyak penggoreng minyak utk menggoreng; 2. bp kecekapan memetik gitar mengikut tempo rancak; menggoreng 1. memasak dgn minyak: ~ikan; ~ pisang; 2. memasak (beras, tepung, dsb) dlm kuali dgn tidak menggunakan minyak, merendang; 3. bp memperolok-olokkan, memborak; menggorengkan menggoreng utk: “Emak, gorengkan saya sebiji telur”; gorengan sesuatu yg digoreng; penggorengan bekas (spt kuali dll) tempat menggoreng: kutekan ikan itu pd ~ supaya lekas masak;penggoreng 1. orang yg menggoreng: ~ mi; 2. alat yg digunakan utk menggoreng: kuali ~ ikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.réng] | ݢوريڠ

Definisi : ; menggoreng memasak dlm kuali yg dibubuhi minyak atau tidak: ~ ikan. gorengan apa-apa yg digoreng; hasil drpd menggoreng. penggorengan 1 bekas tempat menggoreng. 2 perbuatan atau hal menggoreng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata goreng

Puisi
 

Masak taugeh goreng lada,
     Lada ditumbuk lada putih;
Tuan menagih pada yang ada,
     Saya merajuk pada yang kasih.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Goreng pisang goreng keladi, Mari goreng kuali besi; Anak siapa meronggeng tadi, Cubalah masuk sekali lagi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Singgah membeli kuih tabaloi, Goreng pisang goreng sotong, Penat berkerja tidak berbaloi, Kerja tidak mendatang untung.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Masak taugeh goreng lada, Lada ditumbuk lada putih; Tuan menagih pada yang ada, Saya merajuk pada yang kasih.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buku kedai kopi, Jual goreng pisang; Bukan mahu kami, Jadi orang dagang.Pantun Melayu SarawakJati Diri
Gulai lemak sayur cendawan, Anak udang goreng berlada; Kasih emak sepanjang jalan, Sayang saudara sama berada.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas