Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.yah] | ݢويه

Definisi : 1. goyang spt hendak tumbang atau tercabut (bkn gigi, tiang, dll), gual-gail: mana-mana terdapat tiang yg ~ digantikannya dgn yg baru; 2. tidak tetap atau teguh (kepercayaan, pendirian, dsb), tidak kukuh atau teguh (bkn hubungan, ikatan, dsb): kepercayaannya terhadap kejujuran pemimpin-pemimpin kesatuannya sudah ~; mendamaikan rumah tangga kami yg selama ini ~ ditimpa banyak godaan, antara lain soal wanita; menggoyahkan menjadikan goyah (tidak tegap), menjadikan tidak teguh (erat dll): sukar hendak ~ perpaduan rakyat di negeri itu; tergoyah(kan) tergoyang(kan): mereka mempunyai nilai yg abadi, yg tidak ~; kegoyahan keadaan atau hal goyah: ~ sosial yg meletus selepas Perang Dunia II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.yah] | ݢويه

Definisi : 1 tidak kukuh letaknya (ttg gigi dll); mudah dicabut; goyang: Mana-mana gigi yg ~, baik dicabut. 2 ki tidak tetap atau tidak teguh pendirian: Mereka yg ~ keyakinannya mudah terpengaruh oleh janji yg muluk-muluk. menggoyahkan menyebabkan jadi goyah; menjadikan tidak tegap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata goyah


Pantun

PantunSumberTema
Kalau dahan selalu goyah, Manakan dapat hendak bertumpu; Kalau makan terlalu serakah, Manakan ingat ke anak cucu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila lutut sudah goyah. Tegak mengerang duduk mengeluh; Apabila mulut suka memfitnah. Banyaklah orang menjadi musuh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Orang beradat teguh pendirian, Dihasung dihasut tidakkan goyah; Membuang adat runtuhlah iman, Kampung kusut negeri terbelah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bagaimana dahan takkan patah, Bila kayunya dimakan ulat; Bagaimana iman tidakkan goyah, Bila mahu berkawan penjahat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bagaimana belut tidakkan marah, Anak buaya suka memekak; Bagaimana lutut tidakkan goyah, Awaklah tua suka merangkak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak tempua ditimpa antan, Kaki luka mulut berdarah; Awaklah tua selera menyetan, Berbini muda lutut pun goyah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas