Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gula

Puisi
 

Berapa mahal gula putih? Mahal lagi gula jawa;
     Berapa lama kita berkasih? Biar sama membuang nyawa.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Bagai susu dengan sakar,
     dibuat tengguli.

Bermaksud :

Sangat padan; bersetujuan benar. sakar = gula; tengguli = air gula.

 

Lihat selanjutnya...(15)

467

Don't play with fire

Jangan melakukan sesuatu yang boleh menyusahkan diri kelak.

Jangan bermain api

The minister could not longer conceal his anger when the manufacturers insisted on not increasing their sugar production during the fasting month. He warned them don't play with fire, if they did not want any stern action taken against them.

Menteri itu tidak dapat menyembunyikan kemarahannya lagi apabila pengilang terus berdegil untuk tidak meningkatkan lagi pengeluaran gula dalam bulan Ramadzan ini. Beliau mengingatkan mereka supaya jangan bermain api jika tidak mahu tindakan tegas diambil

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Ada malangnya membeli gula, Gula lekas dikerumuni semut; Ada malangnya berlaki tua, Bekerja keras nafas pun semput.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tidak gula dibuat gula, Hanyut kiambang berangkai-rangkai; Tidak gila dibuat gila, Bulan mengambang rasa nak capai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Gula secawan inti baulu, Selasih disaji sarapan pagi; Padamu tuan kunanti selalu, Kasih tidak berbelah bagi.Pantun Melayu SarawakKasih
Berapa mahal gula putih? Mahal lagi gula jawa; Berapa lama kita berkasih? Biar sama membuang nyawa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Disimpan gula dengan sirih, Datang ia dari tanah; Sudah ada Nabi Idris, Ada pula Nabi Noh.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Kata tuan gula kundur, Tumpah tanah di atas papan; Lepas lari jangan undur, Tumpah darah di hadapan.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Banyak-banyak gula kuragi, Tidaklah sama bunga paku; Banyak-banyak tempat kupergi, Tidaklah sama si Jongok Batu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Manis sungguh gula kabung, Hendak wangi dicampur pandan; Putus tali boleh disambung, Putus kasih merana badan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pinggan mangkuk berisi gula, Hendak disimpan semut meradang; Badan bongkok bini menggila, Hendak melawan lututlah goyang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ada untungnya membeli gula, Sekali rasa bagaikan madu; Ada untungnya berlaki tua, Bini dimanja tidur dipangku.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12345

Kembali ke atas