Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.na.gu.na] | ݢونا٢

Definisi : jampi, mantera (utk memikat hati seseorang), ubat pengasih: kena ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.na.gu.na] | ݢونا٢

Definisi : jampi dsb utk memikat hati orang; ubat dsb supaya dikasihi orang; ubat pengasih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guna-guna

Puisi
 

Guna apa senduduk sebatang,
     Di tepi jalan dahannya melintang;
Saya duduk tuan datang,
     Bagaikan bulan dipagari bintang.


Lihat selanjutnya...(95)
Peribahasa

Bagai kena sentung pelali.

Bermaksud :

Gadis yang tak mahu bersuami. sentung pelalai = semacam guna-guna yang menyebabkan perempuan tiada beroleh jodoh.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
guna komputer maklumat cepat, Serba canggih zaman sekarang; Kata-mengata umpat-mengumpat, Kerja tersangkut masa terbuang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Guna apa senduduk sebatang, Di tepi jalan dahannya melintang; Saya duduk tuan datang, Bagaikan bulan dipagari bintang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Apa guna membeli parang, Kalau besinya sudah berkarat; Apa gunanya menjadi orang, Kalau hatinya melupakan adat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apa guna si padi hampa, Hampa menjadi si hampa layang; Apa ada kepada saya, Bahasa tiada rupa pun kurang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Apa guna pokok pinang, Daun hijau kuning padi; Apa diingat apa dikenang, Gunung dikejar tidakkan lari.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Apa guna kepuk di ladang, Jikalau tidak berisi padi; Kusangka panas sampai ke petang, Rupanya hujan di tengah hari.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Apa guna buluh betung, Buluh tidak berguna lagi; Bunyi guruh berdentum-dentum, Awan berarak hujan tak jadi.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Apa guna seguni dedak, Hendak kuhanyut di rakit buluh; Tubuh besar berbininya tidak, Taruh penyakit di dalam tubuh.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Apa guna pisau raut, Raut rotan buat ampaian; Tidak terkail ikan di laut, Walau umpan bersalut intan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Apa guna padi hampa, Padi hampa dimakan ulat; Apa kurang kepada hamba, Kapal di laut gedung di darat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas