Kain berlonggok berguni-guni, Dikirim dengan penerbangan Merpati; Susah dicari di masa ini, Ke mana pergi putera sejati? | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Beras padi dalam guni, Padi tidak rimbun lagi; Maka dikarang warkah ini, Hati nan tidak bertahan lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cukup tahun jualan murah, Kain berlonggok berguni-guni; Jati diri tidak rasuah, Susah dicari di masa ini. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Buah terap sedap dimakan, Buah kedondong dalam guni; Harap kami kepada tuan, Sama hidup dalam harmoni. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
9Gunung dari Kelebang, Sampai ke Jeddah membawa guni; Jangan sebarang ikut abang, Abang sudah ada bini. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Ambil karung mengisi ruas, Pengikatnya pula tali guni; Adik turut hamba tak puas, Cuma abang tak insafkan diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak menuju ke Pulau Deli, Buah pauh di dalam guni; Tenggelem kapal datang ke mari, Adakah kenal orang di sini. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |