[gun.tur] | ݢونتور
Definisi : guruh; harapkan ~ di langit, air di tempayan dicurahkan prb oleh kerana mengharapkan keuntungan besar yg belum pasti, keuntungan kecil dilepaskan; spt itik mendengar ~ prb mengharapkan keuntungan yg belum tentu diperoleh; mengguntur (berbunyi dll) spt guntur, gemuruh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[gun.tur] | ݢونتور
Definisi : bunyi yg kuat di udara yg biasanya didahului oleh kilat; guruh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)