Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata habislah

Puisi
 

Sudah lama tidak ke ladang,
     Habislah kangkung melilit padi;
Sudah lama saya tak pandang,
     Habislah jantung melilit hati.


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

PantunSumberTema
Pisau raut habislah patah, Diraut akan bingkai bertudung; Karam di laut habis basah, Tabah badan untuk berlindung.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Habislah buah selasih dulang, Ditimpa hujan terlalu lebat; Habislah cinta kasih pun hilang, Meranalah badan sampai kiamat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Habislah buah pisang nangka, Pisang serawak tegak sebatang; Habislah tuang hilanglah muka, Pinangan awak ditolak orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Habislah benih dimakan ulat, Alamat ladang jadi belukar; Habislah kasih badan melarat, Hidup malang mati terlantar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Habislah benih dimakan beruk, Kerana lading tidak bertunggu; Habislah kasih badanku remuk, Kerana abang tak mahu tahu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Habislah benih menjadi lumpur, Kerana hujan tiada berhenti; Habislah kasih hatiku hancur, Meranalah badan membawa mati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Habislah pisang dipanjat tupai, Ke mana lagi mencari benih; Habislah sayang niat tak sampai, Ke mana lagi menumpang kasih. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Habislah benih dimakan belalang, Ladang pun semak tiada berpadi; Habislah kasih dipermainkan orang, Sayangnya tidak berguna lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Selama tumbuk lantak kolek, Habislah tiris tiang-tiangnya; Selama beruk pandai bersolek, Habislah gadis dipinang-pinangnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau tidak kerana cermat, Habislah dakwat dipeluk ungka; Kalau tidak kerana Nabi Muhammad, Habislah umat masuk neraka.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
1234

Kembali ke atas