Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.da.pan] | هادڤن

Definisi : 1. bahagian sebelah muka, depan (lwn belakang): dia berdiri di ~ saya; pintu ~ rumah itu sentiasa terbuka; ke ~ a) ke depan, ke muka; b) (pd permulaan surat bererti) kepada: ke ~ sahabatku yg diingati; 2. yg akan datang; masa (zaman) ~ masa (zaman) yg akan datang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.da.pan] | هادڤن

Definisi : 1 bahagian di sebelah muka; depan: Dia berdiri di ~ saya. 2 yg akan datang: masa ~; tahun ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadap (kata nama)
1. Bersinonim dengan hala: arah, haluan, tuju, tala, tepas, paran,

2. Bersinonim dengan muka: depan, hadapan, haluan,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : berhadapan, berhadap-hadapan, menghadap, menghadapi, menghadapkan, terhadap, penghadapan, hadapan,

Puisi
 

Jangan bicara di laman tangga,
     Cucur atap ke rumput juga;
Jangan bicara di hadapan mata,
     Dalam dakap kurebut juga.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

PantunSumberTema
Bawa juga belat dan bubu, Dapat seekor ikan parang, Di hadapan isteri disebut babu, Tengah malam disebut sayang.Pantun Melayu SarawakKasih
Nyiur manis dimakan rusa, Peti belayar Negeri Keling; Buat manis hadapan kita, Hati berkisar tempat lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jangan bicara di laman tangga, Cucur atap ke rumput juga; Jangan bicara di hadapan mata, Dalam dakap kurebut juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau ada padi di ladang, Boleh abang menumpang mandi; Kalau ada umur panjang, Tahun hadapan berjumpa lagi.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Baju biru jahit bersulam, Dipakai anak yatim piatu; Baru dapat gaji semalam, Ceti menunggu di hadapan pintu.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kata tuan gula kundur, Tumpah tanah di atas papan; Lepas lari jangan undur, Tumpah darah di hadapan.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Padi malar cero tak putih, Rambutan gading di dalam timba; Hati mana saya tak sedih, Buatan tuan di hadapan saya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas