Banyak haji perkara haji, Haji berkunjung ke Baitullah; Banyak puji perkara puji, Pujian agung kepada Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyaklah haji perkara haji, Haji berkunjung ke Baitullah; Banyaklah puji pekara puji, Pujian agung kepada Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Haji-haji berbaju jubah, Sembahyang dalam perahu; Tuan berjanji tidak berubah, Bulan di atas dimakan Rahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Haji Daik duduk di pintu, Dagu ditumpang menggigit jari; Memang pahit hidup dimadu, Biar bujang seorang diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung haji terbang ke haji, Tapak Sulaiman di bawah tangannya; Jika adinda mengubah janji, Melungsur iman dari badannya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pak Haji pergi ke pekan, Hujan lebat tak jadi belayar; Gaji sebulan tak cukup makan, Hutang bertambah bila nak bayar. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Jalan Haji Taha, Jual buah sekaya; Ada daya usaha, Pasti akan berjaya. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Bulan haji bulan mulia, Orang ke Makkah beramai-ramai; Bukan kumati kerana senjata, Sedang bercinta kasih tak sampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bulan haji orang ke Makkah, Besar kecil tiada terbilang; Rasakan mati badan sebelah, Mendengar adik dipinang orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Musim haji orang ke Makkah, Amalam baik sambil bertaubat; Dalam hati abang bersumpah, Menanti adik sampai kiamat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |