Halal dipakai batil dibuang, Iman dan takwa kepada Allah; Besarnya pandai kecil terbilang, Sopan santun tiada menyalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat Melayu mengikut sunah, Halal dipakai batil dibuang; Taat ke ibu berpatutan ke ayah, Besarnya pandai kecil terbilang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apa gunanya menilik kaji, Bila tak tahu halal haram; Apa gunanya adik berjanji, Bila tak mahu tidur setilam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bangsal Tok Jalal, Bangsal ikan pari; pastikan rezeki halal, Sempurna anak isteri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Tebang pokok pedada, Bangsal Tok Jalal; Rezeki tetap ada, Pastikan rezeki halal. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Apabila membeli hati, Beli bersama empedal; Apabila mencari rezeki, Carilah secara halal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Aida Manan anak Pak Jala;, Membuka gerai tebing seberang; Adan makanan bertanda halal, Kaji selidik pecah tembelang. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Sejak nasi menjadi bubur, Akal padam badan mengeram; Sejak babi menjadi mandur, Halal haram dimakan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Banyak orang mandi berenang, Tidak peduli kapalnya karam; Banyak orang mencari senang, Tidak peduli halal dan haram. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Biarlah orang menebar pukat, Kita menebar jala sepukal; Biarlah orang mengejar pangkat, Kita mengejar kerja nan halal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |