Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hamba;

Puisi
 

Petang hari tanam keladi,
     Daun keladi balik-balik;
Hamba pergi bawa diri,
     Tinggallah duduk berbaik-baik.


Lihat selanjutnya...(68)
Peribahasa

Langit berkelikir,
     bumi bertemberang;
salah-salah fikir menjadi hamba orang.

Bermaksud :

Fikiran yang menurut hawa nafsu akhirnya membawa kepada kehinaan. berkelikir = bergelang-gelang rotan; temberang = tali temali di perahu.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Pantun

PantunSumberTema
Cik Dayang menggulung benang, Budak-budak bermain guli; Hamba seorang duduk mengenang, Orang dikenang bukan peduli.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil parang pergi menebas, Dahannya jatuh merata-rata; Dulu hamba mergastua bebas, Sekarang dijerat si molek jelita.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buluh perindu di atas gunung, Habis luruh buah padiku; Rindu hamba tidak tertanggung, Hancur luluh rasa hatiku.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beras basah mari taburkan, Pengantin diarak gelak ketawa; Puas sudah hamba hiburkan, Hati rindu terkenang jua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak burung pandai berenang, Menghilang di rimba hutan berduri; Malang hamba asyik terkenang, Orang dikenang membenci diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil karung mengisi ruas, Pengikatnya pula tali guni; Adik turut hamba tak puas, Cuma abang tak insafkan diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bulan puasa pergi ke pasar, Dua tiga membeli gelama; Menanti masa hamba tak gusar, Setahun dua tidaklah lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa guna padi hampa, Padi hampa dimakan ulat; Apa kurang kepada hamba, Kapal di laut gedung di darat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung tekukur terbang ke Tana, Anak buaya di Tanjung Jati; Orang tak tegur hamba tak tanya, Begitulah susah di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beli atap bawa balik, Ambil timba menuju perigi; Semakin ditatap semakin molek, Termenung hamba menggigit jari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas