Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ri.mau] | هريماو

Definisi : sj binatang mamalia yg buas (rupanya spt kucing); jenis-jenisnya: ~ akar = ~ dahan, Neofelis nebulosa; ~ belang, Panthera tigris; ~ bintang = ~ kumbang, Panthera pardus, dll; ~ akuan harimau jadi-jadian, cenaku, kem­bering; ~ tanpa gigi orang yg telah tiada kuasanya lagi: saya akan buktikan yg MPPJ bukan ~ tanpa gigi; bagai ~ kelaparan ki sangat ganas; ~ ditakuti sebab giginya prb orang yg berpangkat itu ditakuti kerana ada kuasanya; ~ mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading prb orang yg berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lama pun ia telah mati; ~ mati kerana belangnya prb perihal mendapat kecelakaan kerana mempertahankan kemegahannya; ~ mengaum tak akan menangkap = ~ ber­tem­pik tak akan makan orang prb orang yg marah dan berteriak-teriak biasanya tidak sampai memukul; anak ~ diajar makan daging prb orang yg zalim digalakkan mem­bunuh; anak ~ tak akan menjadi anak kambing prb orang yg berani tak akan jadi penakut; bagai ~ beranak muda prb perihal orang yg sangat bengis (garang dll); spt ~ menyembunyikan (menyorokkan) kuku prb orang berpengetahuan yg menyembunyikan pengetahuannya; sudah masuk ke dlm mulut ~ prb sudah pasti binasa; mengharimaui memarahi (memberangi) dgn menengking-nengking dll, memper­laku­kan dgn kejam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ri.mau] | هريماو

Definisi : 1 beberapa jenis binatang buas yg rupanya spt kucing tetapi lebih besar. ~ belang Panthera tigris. ~ bintang Panthera pardus. ~ dahan Neofelia nebulosa. 2 ki orang yg berani dan ganas: Perajurit-perajurit itu spt ~ dan penuh bersemangat menentang musuh. ~ berantai ki orang yg paling handal dlm sesuatu pasukan atau kumpulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata harimau

Puisi
 

Sehari bulan rajanya harimau,
     Harimau tidur di rimba jati;
Semakin hati bertambah igau,
     Tuan seorang di mata hati.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Harimau puntung kena penjara,
     pelanduk kecil menolakkan mara.

Bermaksud :

Ada masanya kesusahan orang besar lagi berkuasa itu ditolong oleh orang yang lemah dan kecil.

 

Lihat selanjutnya...(69)


Pantun

PantunSumberTema
Sehari bulan rajanya harimau, Harimau tidur di rimba jati; Semakin hati bertambah igau, Tuan seorang di mata hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak harimau di Gunung Daik, Banyak orang berasa gerun; Batu kecil berguling naik, Batu besar berguling turun.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Anak harimau di dalam dusun, Rusa tersepit di celah pandan; Cari bomoh serta dukun, Bertambah bisa penyakit di badan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ketok-ketok harimau garang, Keling pandai cakap Jawa; Harimau batuk buaya mengerang, Kucing di rumah sakit kepala.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Anak lintah tergedit-gedit, Anak harimau menyeberang paya; Nak nikah tergedit-gedit, Orang tak mahu apakan daya.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Limau purut dipancung putus, Diputus dengan hujung pedang; Harimau mati dilanggar tikus, Buaya mati di tepi gudang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Limau lelang bergugus-gugus, Taruh mari dalam dulang; Harimau mati dipijak tikus, Buaya mati disepit udang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Bukit Tinggi tepi kota, Nampak dari tanah tambak; Harimau tak bergigi jangan dikata, Dinyoyot-nyoyot ditelan jugak.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Ambil parang cuba dikerat, Ekornya pendek putus sekerat; Harimau garang dapat dijerat, Mulut ternganga dihurung lalat.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Tanam limau tanam kedondong, Tanam mari tepi pantai; Harimau garang jangan dikepung, Buat rosak sahabat handai.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
1234

Kembali ke atas