Belilah haruan serta belanak, Dapat dipindah sesudah bersih; Hati menyetan dadaku bengkak, Melihat abang berpindah kasih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak haruan lima-lima, Pilih saja yang mana besar; Saya bukan ayam betina, Remak botak pantang berkisar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Anak haruan mudik berenam, Lumba-lumba menyusul tebing; Sama mencecah si hati kuman, Susah senang sama membimbing. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Ikan haruan ikan liar, Paya mana tuan tetakkan; Jikalau abang pergi belayar, Di mana saya hendak diletakkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Ikan haruan dipanggang tenggiri, Mari masuk ke dalam perahu; Jangan tuan menghina diri sendiri, Sama saja badan berbau. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Ikan haruan di dalam lubuk, Helang pekaka hinggap di dahan; Sarang tebuan jangan dijolok, Lebam muka celaka badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Ikan haruan ikan liar, Paya mana tuan tetakkan; Jikalau abang pergi belayar, Di mana saya hendak diletakkan? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak haruan lima berlima, Mencari makan di balik daun; Harap tuan saya terima, Habis bulan berganti tahun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ikan todak ikan haruan, Pembungkus gelama daun keladi; Awan berarak hamba tangiskan, Kenangan lama menghiba hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tiga petak tiga penjuru, Anak haruan di Padang Cina; Habis dah ubat habis dah peluru, Barang tembak sedikit pun tak kena. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |