Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ti.ha.ti] | هاتي٢

Definisi : nama sj pokok renek yg daunnya dijadikan ubat sakit perut, Coleus amboinicus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ha.ti.ha.ti] | هاتي٢

Definisi : cermat ketika melakukan sesuatu; teliti; ingat-ingat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hati-hati

Puisi
 

Hati-hati pinang muda,
     Pinang muda makan pipit;
Sampai hati meninggal saudara,
     Tidak mengenang barang sedikit.


Lihat selanjutnya...(845)
Peribahasa

Lupa ketinggalan,
     terlelap kemalingan.

Bermaksud :

Kurang hati-hati mengakibatkan kerugian. lelap = tidur; kemalingan = kecurian.

 

Lihat selanjutnya...(224)


Pantun

PantunSumberTema
Bukan padi sebarang padi, Padi ditabur menjadi lalang; Buah hati sekeping hati, Hati rindu denganmu abang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak Keling meniup api, Api tidak mahu menyala; Kurus kering menahan hati, Hati bukan mendengar kata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah beringin buah bidara, Dari Lukut ke Pulau Pinang; Hati ingin kepada dara, Hati takut hendak meminang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anaklah tikus mati berenang, Mati berenang dalam perahu; Kasihlah putus hati mengenang, Di dalam hati siapakan tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga ros bunga melati, Bersama dengan bunga cempaka; Bila bersua idaman hati, Luput segala hati nan duka.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Belas hati pandang ke bukit, Kerana bukit tidak berkayu; Belas hati pandang ke adik, Kerana adik tidak beribu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga cina jambangan Cina, Lalu dibungkus dalam kertas; Hati saya sudah merana, Di dalam hati mana nak lepas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak dara menenun kain, Kain ditenun benang sutera; Hati tidak pada yang lain, Tuan seorang hati tak lupa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Esah berambut kerinting, Comor minyak menjadi buih; Hati perut saya runsing, Harapkan sembuh payah nak pulih.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Aishah rambut kerinting, Memakai baju kain baldu; Hati susah bertambah runsing, Kepada siapa hendak mengadu?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas