Jika berdayung tidak kuat, Hati-hati menempuh ombak; Jika kampung tidak beradat, Budi mati musuh pun banyak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apabila meniup abu di dapur, Hati-hati terkena mata; Apabila hidup tahu bersyukur, Berbagai rezeki hatinya rela. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Api-api namanya kayu, Tumbuh rapat di tepi pantai; Hati-hati jika merayu, Salah alamat mati kubantai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kucing kurus meniup api, Api tidak mahu menyala; Badan kurus menahan hati, Hati tidak mendengar kata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bila terpijak ke onak duri, Kaki berdarah rasanya pedih; Bila kusemak kehendak hati, Hati merana menahan pedih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hati-hati pinang muda, Pinang muda makan pipit; Sampai hati meninggal saudara, Tidak mengenang barang sedikit. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Rebab berbunyi dayu-mendayu, Siapa mendengar pilulah hati; Sedaplah hati hamba menunggu, Dinda kudengar mahu berjanji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Padi pulut padi Melaka, Belum direndang bertih dahulu; Hati perut hati celaka, Belum dipandang dah kasih dulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tuan berjalan kaki, Jika penat naik kereta; Jangan sekali menurutkan hati, Seumur hati duduk bercinta. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Jangan dilurut padi muda, Padi muda dibawa ke barat; Jangan diturut hati muda, Hati muda membawa larat. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |