Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hatiku

Puisi
 

Anak Melayu sayang Melayu,
     Mata melihat hatiku sayu;
Murah harganya sangat terlalu,
     Seperti ikan pari dan yu.


Lihat selanjutnya...(79)

Pantun

PantunSumberTema
Bakul tampah berisi sekam, Sudah diayak tinggallah beras; Kupikul kasih hatiku karam, Hendak mengelak hatiku belas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Terang bulan hatiku rawan, Pukul rebana bergotong-royong; Jika lupa langit berawan, Tidak lupa sedia payung.Pantun Melayu SarawakNasihat
Baru merasa hatiku rindu, Bawa berulam si buah pauh; Baru merasa kehendak rindu, Bawa mengenang kekasih jauh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak Melayu sayang Melayu, Mata melihat hatiku sayu; Murah harganya sangat terlalu, Seperti ikan pari dan yu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sapu tangan tepi berkelim, Kelim tepi belakang; Hatiku rindu tak dapat dikirim, Hendak dikirim bukannya barang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buluh perindu nama diberi, Ditiup angin bergoyang-goyang; Hatiku rindu tiada terperi, Kerana adinda lama tak datang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buluh perindu buluh ternama, Banyak sudah disebut orang; Hatiku rindu sudahlah lama, Adik juga tak ingat abang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buluh perindu dibuat suling, Bunyinya merdu bukan kepalang; Hatiku rindu adik berpaling, Daripada malu eloklah hilang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buku tebu beruas-ruas, Hendak dikunyah tiada dapat; Hatiku rindu bercampur cemas, Awak cinta orang tak ingat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Biji nangka jangan ditelan, Bila ditelan tentu tercekik; Hatiku duka putus harapan, Kerana lama merindukan adik.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas