Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.yat] | حيات

Definisi : Ar ada nyawa pd badan, hidup; ilmu ~ pengetahuan tentang makhluk hidup (bina­tang dan tumbuhan), kaji hayat, biologi; selama ~ dikandung badan selagi hidup; tanda ~ cenderamata; mendapat ~nya sl mengalami sendiri; menghayati mengalami dan merasai (dlm batin), meresapkan ke dlm jiwa: matlamat akhirnya ialah utk ~ nilai-nilai akhlak; penghayatan perihal menghayati, perihal mengalami dan merasai dlm batin: buku-buku yg baik akan mempertinggi ~ estetik pd pem­baca; inti karya seni adalah ~ penciptanya; aspek-aspek penguasaan dan ~ bahasa Melayu Tinggi; penghayat orang yg menghayati sesuatu (cerita, peristiwa): kita sbg pembaca dan ~ harus lebih teliti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.yat] | حيات

Definisi : ; baju ~ sl sj baju. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.yat] | حيات

Definisi : keadaan yg membezakan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan drpd tanah, batu dsb; kehidupan; nyawa. selama ~ dikandung badan selama masih hidup; selagi hidup. menghayati mengalami dan merasai sesuatu dlm batin: Dia sedang ~ cerita yg dibacanya itu. sehayat selama masih hidup; selagi hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hayat
Kata Terbitan : menghayati, penghayatan,

Puisi
 

Hendak berjalan jambatan panjang,
     Orang bertukang jambatan roboh;
Adik berdoa umur panjang,
     Selagi hayat kita berjodoh.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Buah limau dari seberang, Makanan bijirin sepanjang hayat; Bumi hijau menjadi padang, Padang bangkai padang mayat.Pantun Melayu SarawakAgama
Taat bini setia ke laki, Berkasih sayang sepanjang hayat; Adat berdiri sempuma budi, Selisih hilang tenanglah umat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Baju merah saga, Solat hari Jumaat; Ibu kami jaga, Hingga akhir hayat.Pantun Melayu SarawakKiasan
Berat berbeban terasa penat, Jauh berjalan rasanya lesu; Kuingat tuan sepanjang hayat, Walaupun badan tiada bersatu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Zaman kini banyak maksiat, Berbuat dosa orang tak takut; Tuan kunanti sepanjang hayat, Sampai ke syurga akan kuikut.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tukang emas bertukang gelang, Maka diukur dirangkainya; Sedang erat digenggam orang, Adat hayat terungkainya.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Hendak berjalan jambatan panjang, Orang bertukang jambatan roboh; Adik berdoa umur panjang, Selagi hayat kita berjodoh.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Perahu sarat muatan daun, Sarat berisi dengan lokan; Kalau hidup sepuluh tahun, Sepanjang hayat aku nantikan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mingai puan mingai selasih, Mingai kembayat pergi berlembu; Tinggal tuan tinggal kekasih, Ada hayat baru bertemu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ingat puan ingat selasih, Ingati kembagau berambu-rambu; Tinggal tuan tinggal kekasih, Ada hayat baru bertemu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas