Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata helang

Puisi
 

Helang laut helang jambangan,
     Helang di darat mematuk padi;
Kalau diikut mata timbangan,
     Sama berat baru menjadi.


Lihat selanjutnya...(42)

Pantun

PantunSumberTema
Helang-helang kaki pelanduk, Gulai daun dipatah dua; Kamek sehelang dengan juak manuk, Lama laun sudinya juga.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Helang laut helang jambangan, Helang di darat mematuk padi; Kalau diikut mata timbangan, Sama berat baru menjadi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Helang pungguk helang perikan, Tidur siang jaga malam; Jari telunjuk diberikan, Pepat di luar rencong di dalam.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Helang pungguk helang berikan, Tidur siang berjaga malam; Sungguh unjuk tidak berikan, Pepat di luar rencong di dalam.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Helang terbang melewati pantai, Cuaca redup naik perahu; Hilang saudara sahabat handai, Lenyap segala harta dan nyawa.Pantun Melayu SarawakAgama
Helang menyambar burung udara, Singgah menyambar gelugut batang; Hilang budi lenyap bicara, Kasih menjulung bencana datang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Helang berlegar di lautan teduh, Dari jauh tempat bermalam; Kenapa sebentar kasih berlabuh, Laksana siang berganti malam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bernyanyi helang terbang pagi, Tempat bersarang pohon rambutam, Begini malang nasib kami, Tanah segesta jadi rebutan.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Bernyanyi helang terbang petang, Tempat bersarang pohon rambutan; Begini malang nasibmu sayang, Tanah sehasta jadi rebutan.Pantun Melayu SarawakNasib
Apabila helang terbang tinggi, Banyaklah ayam Iari menjauh; Apabila orang garang berkelahi, Siang dan malam dicari musuh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
123456

Kembali ke atas