Kata adat kata yang bulat, Bulat tumbuh dari muafakat; Ada adat sempurna helat, Helat senonoh terpuji umat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Waktu pagi duduk menekat, Menekat merenda tepi kain; Malulah hati masuk ke helat, Helat jandanya jadi pengantin. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau helat hendak ramai, Sebelum berhelat orang dijemput; Kalau adat hendak dipakai, Hukum diingat undang diikut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau helat hendak ramai, Bunyikan gendang serta tetawak; Kalau adat hendak dipakai, Berhati lapang bicara bijak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau helat hendak ramai, Tiup nafiri palulah canang; Kalau adat hendak dipakai, Hidup berbudi malu dipegang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau helat hendak ramai, Banyakkan lauk serta penganan; Kalau adat hendak dipakai, Tegak budak memelihara beriman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau helat hendak ramai, Handai taulan semua dijemput; Kalau adat hendak dipakai, Pakai sepadan pada yang patut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau helat hendak ramai, Sanak saudara jangan lupakan; Kalau adat hendak dipakai, Letakkan dia dengan kebaikan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukan mudah orang berhelat, Helat menjemput orang ramai; Bukan mudah memegang adat, Adat diikut dengan perangai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Belilah kain serta selendang, Untuk dipakai ke helat jamu; Hatiku ingin menyapa abang, Orang ramai rasanya malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |