Hendak dipais bukan todak, Hendak dibemban bukan terung; Hendak menangis bukan budak, Hendak terbang bukan burung. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Hendak dipais ikan todak, Hendak diparut bukannya terung; Hendak ditangis bukannya budak, Hendak terbang bukannya burung. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Hendak dicincang bukannya rebung, Hendak dipais bukannya todak; Hendak terbang bukannya burung, Hendak menangis bukannya budak. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Hendak berlengu boleh berlengu, Hendak berlengu Padang Seberang; Hendak bertemu boleh bertemu, Hendak bertemu sesama seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tumbuh rebung hendak berbatang, Tumbuh rumput hendak berakar; Sungguh bersambung hendak berpanjang, Sungguh bertambun hendak lebar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Hendak berperahu tiada berkemudi, Hendak menebas tidak berparang; Hendak memetik daun lenggundi, Pohon temoat ular bersarang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Hendak mangkuk kuberi mangkuk, Hendak serunai kuberi serunai; Hendak masuk kuberi masuk, Aku bayar wang tunai. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Buah kandis dimakan budak, Hendak ditebang tiada beliung; Hendak menangis bukannya budak, Hendak terbang bukannya burung. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Hendak ke pulau mencari papan, Papan ada tebing seberang; Hendak bergurau hendak berkawan, Kawan ada kekasih orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana hendak menjahit, Hendak menjahit jari pun rempak; Bagaimana saya nak naik, Tuan rumah belum nampak. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |