Adat Melayu memantangkan manja, Terlalu manja hidup kan rosak; Sifat cemburu mendatangkan bala, Cemburu buta hidup kan kemah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat umat kepada Allah, Tentulah ingat hidup kan mati; Kuat adat mulia maruah, Di situlah tempat kita berdiri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Zaman ini zaman menyalah, Manusia lupa hidup kan mati; Dengan bini janganlah marah, Supaya mudah bertanak nasi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Orang beradat kuat beramal, Tahu dirinya hidup kan mati; Membuang adat umat terjual, Layulah negeri kampung pun lesi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang beradat bertanggungjawab, Hutang dibayar beban dipikul; Membuang adat hidup kan gelap, Malangnya besar akal pun tumpul. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Siapa ingat menghidupkan api, Tentulah mudah memasak sayur; Siapa ingat hidup kan mati, Tentulah dia banyak bersyukur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Siapa ingat menghidupkan api, Tidakkan payah memasak bekal; Siapa ingat hidup kan mati, Sejak mudanya banyak beramal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Banyaklah redup perkara redup, Redup alamat hari kan hujan; Banyaklah hidup perkara hidup, Hidup Muhammad menjadi teladan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyaklah redup perkara redup, Redup alamat hari kan malam; Banyaklah hidup perkara hidup, Hidup Muhammad merahmati alam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau begini naga-naganya, Naga hidup kita kan lari; Sungguh begini dagang rasanya, Badan hidup separuh mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |