| Kalau sudah semut melata, Hidupkan api dalam gua; Kalau disebut sehidup semati, Sehidup semati sampai tua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Tumbuk pulut di lesung tinggi, Anak Pak Pandir tangkap belalang; Hidupkan rumput bunuhkan padi, Tentu sawah bertumbuh lalang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Angin barat gelombang barat, Deru ombak bukan kepalang; Ingin selamat pegang amanat, Bila tidak hidupkan malang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Adat Melayu pantang derhaka, Orang derhaka ditimpa laknat; Sifat berseteru mengundang celaka, Datang celaka hidupkan tenat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |