Orang beradat hidupnya akur, Dengan saudara seminum semakan; Membuang adat negeri hancur, Hidup sengsara makan-memakan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adapun ikan selalulah basah, Kureha hidupnya di dalam air; Tanda beriman tahu kan Allah, Mulia hidupnya di alam akhir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sukalah hati mencari kunyit, Hidupnya mudah tegak pun subur; Sukalah hati berbini buncit, Hidup susah nampaknya makmur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Mencari ilmu hendaklah tekun, Supaya dapat dibuat bekal; Terpuji Melayu hidupnya rukun, Dunia akhirat tidak menyesal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau menyalin langsung menjawab, Buatlah tanda supaya terang; Kalau pemimpin bertanggungjawab, Rakyatnya bahagia hidupnya tenang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Mengapa gendang berbunyi lembab, Kerana kulitnya sudah berlubang; Mengapa orang rosak perangai, Kerana hidupnya suka temberang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bagaimana sampan takkan ditambat, Bila di laut ombak mengganas; Bagaimana badan takkan melarat, Bila hidupnya banyak bermalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Adat resam kata orang, Kata tua beradab santun; Adat faham lembaga terang, Tua muda hidupnya rukun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Elok anak dipuji orang, Dipuji pula orang tuanya; Elok akhlak berhati lapang, Budi mulia senang hidupnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sungguh elok berbatang lebar, Tidak nampak basah kuyupnya; Sungguh elok orang bersabar, Tidak nampak susah hidupnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |